Sunday, February 6, 2011

Minum susu sebelum tidur

Jam dah menunjukkan tepat 0100 pagi.....ermmmm....puny la nk tggu tngk bola, sggp bersengkang mata..nk kata terer main bola, hampeh...tp bole la kl setakat nk main tendang2 tu..hehehe...lg 1/2 jam game Man United vs Wolverhampton...buat susu jap la...



SUSU UNTUK KESIHATAN
Terdapat beberapa pertikaian mengenai sama ada pengambilan susu lembu baik untuk orang dewasa. Sementara susu seringkali dikatakan bagus bagi kesihatan kerana kandungan kalsium yang tinggi, yang diperlukan bagi pertumbuhan tulang dan fungsi saraf, terdapat kajian (yang dipertikaikan) yang mencadangkan bahawa terdapat protien dalam susu yang menganggu penyerapan kalsium untuk membentuk tulang kerana ia meningkatkan aras asid dalam darah, dengan ini memulakan tindak balas mengimbangi aras asid tersebut dengan menggunakan kalsium sedia ada yang berada dalam tulang.  
KELEBIHAN MINUM SUSU
Susu lembu boleh dikatakan sihat terutamanya kerana kandungan protin dan kalsiumnya. Ia juga merupakan sumber baik bagi sejumlah vitamin. Satu hidangan (1 cawan atau 250 ml) 2%-susu lemak mengandungi 285 mg Kalsium, yang mewakili 22% hingga 29% daripada jumlah dicadangkan harian (daily recommended intake) (DRI) kalsium bagi orang dewasa, bergantung kepada usia, 8 gram protein, dan sejumlah zat lain (samaada secara semulajadi atau melalui pengkayaan):
  1. Vitamin D dan K - penting bagi pembentukan tulang.
  2. Iodin- mineral penting bagi fungsi tiroid (thyroid)
  3. Vitamin B12 dan Riboflavin - penting bagi kesihatan kardiovaskular dan penghasilan tenaga
  4. Biotin dan asid Pantothenik - vitamin B penting bagi penghasilan tenaga
  5. Vitamin A - penting bagi sistem imunisasi    
  6. Potassium dan Magnesium - bagi kesihatan kardiovaskular
  7. Selenium - sedikit (trace) mineral penghalang-barah
  8. Thiamin - vitamin B-penting bagi fungsi kognitive, terutamanya daya ingatan
  9. Conjugated asid Linoleik - asid lemak berguna yang membantut beberapa jenis barah pada tikus, telah terbukti membunuh sel barah kulit manusia, sel barah kolorektal dan sel barah payu dara dalam kajian vitro, dan mungkin membantu mengurangkan kholesterol dan menghalang (atherosclerosis); hanya bagi susu yang di dapati daripada lembu yang makan susu.

No comments:

Post a Comment