Saturday, April 16, 2011

Adakalanya Ape yang dipohon lebih bermakna dari ape yang dihulur...

 "Why is it so hard to ask for forgiveness from the people we love the most?"

Erti kegigihan banyak ditanam dalam hidup ini....
24 tahun berlalu kehidupan ini, baru lah kesedaran tentang ganjaran yang sebenarnya dapat dirasai
3 tahun memasuki alam sebenar kehidupan pencarian rezeki merasai bagaimana lama hidupnya berbakti untuk memberi kejayaan dengan hasil peluh keringat seramai 6 orang....
kegigihan yang lama tertanam dalam hati ini...
hasilnya dapat dinikmati kini...
berkat emak dan abah....
Pendirian dan pegangan ku...............

Sehingga kini aku hairan, ape sebenarnya yang memberi peransang selama 60 tahun hidupnya dan membuat kan nya begitu cekal.....
Dia menunaikan tanggugjawabnya dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan...
Padanya senyuman kerana kesenangan yang dikecapi sudah untuk segalanya....
Air muka ketenangan lahir nya jauh dalam hati membuat lagi aku lebih kagum...
Bagaikan tiada wujudnya permasalahan...mungkin keberkatan dan kurniaan dari Ilahi untuknya memiliki hati yang baik sepertinya....

Jiwa nya sangat - sangat tenang.....

Nilai murni yang ditunjukkan oleh beliau akan ku bawa dalam kehidupan berbahagia yang akan aku lalui kelak...
Syukur kehadrat Ilahi kerana aku dibesarkan dengan kasih sayang sebegini rupa...


Namun atas dasar sayang nya kepada semua, diketepikan rasa hak nya untuk memberikan keputusan...walaupun pada hakikat nya dia la yang berkuasa. Dari lilihan air matanya, aku memahami beliau berserah segalanya ke Hadrat Ilahi semoga dinampakkan jalan dan dibuka kan hati untuk menerima segalanya...

Beliau sangat - sangat memahami tentang kehidupan manusia....lahir...membesar...berdikari..dan mengecapi kehidupan bahagia bila ianya di takdirkan sampai jodohnya...
Kegigihan beliau membuat kan aku lebih menyedari untuk berbakti..
Tapi ape yang dimaksudkan dengan berbakti...kadang - kadang manusia yang berpendidikan tertinggi pada masa ini boleh mempelbagaikan maksud....tapi ape sebenarnya yang dikehendaki...
ape maksud berbakti yang sebenar...atau ia hanya alasan..
Pepatah melayu...."gajah depan mata pun tak nampak?"....satu ayat dan ungkapan yang penuh maksudnya...

ERTI HARI INI...by aizat AF

Menatap pagi yang sepi,
suara merdu penuh syahdu, silih berganti,
Tangisan si kecil merayu,
Di pagi penuh cahaya...ah...ah..
Didalam duniaku segala masalah mampu di lerai dengan menyanyi,
Pintaku, hasratku, cintaku,
Dipagi penuh bahagia..ah..ah..
Aku tetap percaya walau sekadar bermimpi,
Bahawa ada yang akan merealisasikan mimpiku,
Untuk dunia yang lebih baik dari dunia kecil ku,
Maaf kan aku, tertewas, terjatuh, melaksanakan tanggungjawabku,
Oh Tuhan sampaikan impian semua yang kau cinta..ah..ah..
Aku tetap percaya walau sekadar bermimpi,
Bahawa ada yang akan merealisasikan mimpiku,
Untuk dunia yang lebih baik dari dunia kecil ku,
Aku masih keliru dan tidak memahami,
Adakah ini semua lebih berharga dari nyawa,
seorang insan bermakna ........ingin merasa nikmatnya.
Aku tetap percaya walau sekadar bermimpi,
Bahawa ada yang akan merealisasikan mimpiku..............

 Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku. (Riwayat Imam al-Bukhari)


No comments:

Post a Comment