Friday, April 15, 2011

Walau siapa pun kita, kita tetap memandang langit yang sama.....

Segala usaha semuanya mengharapkan sesuatu yang terbaik...iringan doa yang selalu dipohon disamping mengharapkan keberkatan dari Ilahi.
Adakalanya kebenaran di dalam kehidupan yang amat menyakitkan adalah sesuatu yang lebih wajar di simpan sebagai sebuah kenangan.
Laughter & Smile Brings Happiness and Fortunes
kadang - kadang utk menghadapi hidup kita harus menjadi insan yg lebih tabah dan kuat dari semalam kerana ketentuan yang menimpa bukanlah nasib yang harus diratapi sebaliknya menjadi pengalaman yang harus dijadikan iktibar utk masa depan.
Kesabaran dalam menempuhi liku - liku kehidupan...
Persoalannya kenapa?
 
Dalam menempuhi perjalanan hidup ni kadang - kadang aku sendiri bingung.

A B dan C..........tiga cabang..pilih yang terbaik...
Seharusnya menilai, berfikir, mentafsir....dan mungkin akhir sekali pendapat, tak kiralah dari orang pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Ketabahan dan kesabaran serta kelembutan hati yang sangat aku kagumi..mungkin ianya anugerah Tuhan yang telah dikurniakan. Satu jangka masa yang amat lama...60 tahun.senyuman nya sering mengingat kan aku kepadanya.
 
Seorang lelaki bertanya Baginda: 
 
“Wahai Rasulullah, Apakah sesuatu yang lebih berat? 
Dijawab Rasulullah SAW: Kemurkaan Allah
 Lelaki itu bertanya lagi: Apakah sesuatu yang dapat menjauhkan aku daripada kemurkaan Allah?
Rasulullah SAW menjawab: Jangan marah.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu `Amr)

Diceritakan Abu Darba bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
 
“Saya bertanya, Wahai Rasulullah, Tunjukkanlah saya amalan yang boleh membawa saya masuk ke dalam syurga
Lalu Baginda menjawab: Jangan marah.” (Hadis riwayat Ibnu Abid-Dunya dan At-Tabrani) 


No comments:

Post a Comment